Sunday 29 July 2012

Sistem Hidroponik

Terdapat dua sistem hidroponik yang utama iaitu Sistem Hidroponik Pasif dan Sistem Hidroponik Aktif

Sistem Hidroponik Pasif

Untuk Sistem Hidroponik Pasif, air yang digunakan kekal statik dalam takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun bolih dijalankan secara komersial. contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit.

Sistem Hidroponik Aktif

Sistem di mana larutan baja dibekalkan melalui tangki dan dipamkan ke akar tanaman, kemudian larutan berkenaan akan dikembalikan semula kedalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah DFT, NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.

Selain itu, sistem hidroponik boleh juga dibahagaikan kepada Sistem Tertutup dan Sistem Terbuka

Sistem Tertutup

Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT), kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.

Sistem Terbuka

Sistem ini menggunakan bahan penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur, habuk papan, sabuk kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam pasu tetapi tidak menggunakan tanah.

0 comments:

Post a Comment