This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label ruminan. Show all posts
Showing posts with label ruminan. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Kelebihan Rumput Napier India

Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan. Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan batang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 peratus PROTEIN adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.

Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru. Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki. Apo tunggu lai, jomlah tanam, tak perlu pakai pellet byk lagi coz kandungan protein napier India agak tinggi 20.3%.

Cara Penanaman Rumput Napier

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0703/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
Rumput napier/gajah (Pennisetum pupureum) biasanya mengunakan keratan batang. Batang yang digunakan mestilah cukup tua. Keratan-keratan ini juga dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari dan ditanam sebeberapa segera selepas diambil.

Ada beberapa cara menanam mengunakan keratan batang:
1. Menanam secara cucuk
2. Menanam secara baring
3. Menanam tidak mengunakan baris

Menanam secara cucuk
Batang- batang napier dikerat anggaran 3-5 ruas/buku,
3/4 daripada panjang keratan tadi dicucuk kedalam tanah dengan menyerong 45ยบ condong, jarak tanaman pula ialah 30 sm. X 50-60 sm.

Menanam secara baring
Batang napier biasanya panjang,
keratan-keratan dibaringkan mengikut baris dan dikambus dengan kemas sedalam 6-10 sm. Jarak antara baris pula ialah 60 sm.

Menanam tidak mengikut baris
Keratan napier yang pendek atau lain-lain jenis pastura (contoh: Brachiaria decumben) ditabur rata-rata diatas pemukaan tanah yang telah siap disediakan,
kemudian dengan mengunakan pencakar atau "rotary tiller" yang dijalankan dengan trektor, lalu dikawasan tersebut secara teratur.

Kebaikan cara ini;
a) Sesuai untuk kawasan yang luas
b) Cara termudah, menjimatkan masa

Keburukanya
a) Pertumbuhan tidak teratur
b) Sebahagian akan mati kerana tidak semua keratan tertimbus.

Menuai dan memotong rumput.
Pemotong Pertama
Waktu pemotongan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan kesuburan pastura.
Pemotongan yang terlalu awal akan merosakan rumput kerana sistem akar rumput tersebut belum cukup kukuh.
Secara umum ianya boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga atau terdapat beberapa rumpun yang telah mula mengeluarkan bunga dalam kumpulan tersebut

Pemotongan seterusnya
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebeh cepat mencapai takat optima berbanding dengan rumput yang baru ditanam.
Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk menentukan masa pemotongan/ragutan.
Melalui kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura/foder yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:-Pastura/foder

Jangkaan masa rehat (minggu)
RumputNapier 5 - 6
Rumput Para 3 - 4
Rumput Kuda/Guinea 4 - 5
Rumput Signal 4 - 5
Rumput Setaria 4 - 5

Rumput Napier

Benih berasal dari Australia dibawa masuk oleh Ismail Mohamad semasa lawatan beliau ke Australia Barat pada tahun 1995 di mana enam ruas batang yang mempunyai matatunas dibawa masuk untuk tujuan penyelidikan. Daripada emam mata tunas, hanya lima yang hidup dan membiak hingga sekarang.


Gambar diambil oleh penulis pada 6 March 2010 di manaIsmail Mohamad menunjukan rumput napier yang berjaya dibiak. Hasil analisa makmal MARDI, rumput ini mempunyai kandungan protein yang tinggi melebihi 20 peratus disamping kandungan serat yang tinggi.



Ismail Mohamad merupakan pengkaji rumput napier darul iman berprotin tinggi yang merupakan sifu dalam industri ternakan di Malaysia, beliau merupakan penerima Anugerah Penternak Kebangsaan pada tahun 1986, Anugerah Peladang Jaya Negeri pada tahun 2003 serta menerima Anugerah Penternak Peringkat Negeri sebanyak tujuh kali !

Sampel rumput ini yang dihantar Ismail ke makmal MARDI menunjukkan kandungan proteinnya sangat tinggi sehingga melebihi 20 peratus. Sedangkan keperluan protein untuk kambing hanya 14 peratus sahaja.Kandungan protein yang tinggi ini membolehkan rumput ini mengganti dedak dalam ternakan haiwan.Kajian yang dijalankan oleh Ismail Mohamad, yang jelas menyatakan bahawa Napier ini lebih tinggi kandungan proteinnya berbanding lain-lain rumput diladangnya.

Kepada yang berminat untuk menanam rumput Napier berprotein tinggi yang asli bagi mengantikan dedak yang ada sekarang, bolehlah menghubungi napier1@gmail.com
Benih berasal dari Australia dibawa masuk oleh Ismail Mohamad semasa lawatan beliau ke Australia Barat pada tahun 1995 dimana enam ruas batang yang mempunyai matatunas dibawa masuk untuk tujuan penyelidikan. Daripada emam mata tunas, hanya lima yang hidup dan membiak hingga sekarang.

Kepada yang berminat untuk menanam rumput Napier berprotein tinggi bagi mengantikan dedak yang ada sekarang, bolehlah menghubungi lamanpertanian@gmail.com untuk latihan penanam dan mengendalikan rumput ini selepas tuai.Ladang Ismail mempunyai benih tulin hasil penyelidikan beliau sejak tahun 1995. Dengan sistem tanaman kepadatan tinggi yang dikaji oleh Ismail, satu ekar rumput ini mampu memberi makan kepada 100 ekor kambing atau 40 ekor lembu secara berterusan.Rumput ini dapat dituai setiap dua bulan. Untuk kecekapan sistem tuai sekali gus dilaksanakan. Semua rumput dituai satu inci dari paras tanah dan diproses menjadi silage bagi diguna secara berterusan untuk tempoh dua bulan.Setelah dua bulan, tunggul rumput yang dipotong akan tumbuh semula dan matang serta dapat dituai semula dan dijadikan silage. Begitulah proses pengurusan rumput ini akan berterusan.Hanya batang rumput yang matang pada umur melebihi 8 bulan sahaja sesuai untuk dijadikan benih.

Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada ladang tanaman rumput napier darul iman protein tinggi milik Ismail Mohamad.Ismail Muhamad bersama Penghulu Kanan Wan Sulaiman sedang mengesan dan mengenalpasti sumber air bersih bagi tujuan membekalkan minuman lembu dan juga bagi tujuan pengairan ladang.

Gambar di atas kunjungan Dato' Haji Ab. Malek Mohd Amin, pegawai khas kepada Menteri Pertanian melawat pusat ternakan Ismail Mohamad yang dihadiri sama YB. Cikgu Matnor, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.En. Ismail menunjukkan kepada rombong silage yang dibuat beliau dan telah berusia empat tahun tapi masih lagi berkualiti dan amat digemari oleh haiwan.
Gambar atas, kandang penggemukan lembu En. Ismail Mohamad.Rumput napier darul iman baka asli mempunyai permintaan yang amat tinggi daripada penternak. Permintaan yang tinggi telah meningkatkan permintaan terhadap benih rumput ini. Harga seruas batang rumput ini mencecah sehingga RM 0.25 bagi tujuan pembenihan. untuk latihan penanam dan mengendalikan rumput ini selepas tuai.Ladang Ismail mempunyai benih tulin hasil penyelidikan beliau sejak tahun 1995. Dengan sistem tanaman kepadatan tinggi yang dikaji oleh Ismail, satu ekar rumput ini mampu memberi makan kepada 100 ekor kambing atau 40 ekor lembu secara berterusan.

Rumput ini dapat dituai setiap dua bulan. Untuk kecekapan sistem tuai sekali gus dilaksanakan. Semua rumput dituai satu inci dari paras tanah dan diproses menjadi silage bagi diguna secara berterusan untuk tempoh dua bulan.Setelah dua bulan, tunggul rumput yang dipotong akan tumbuh semula dan matang serta dapat dituai semula dan dijadikan silage. Begitulah proses pengurusan rumput ini akan berterusan.Hanya batang rumput yang matang pada umur melebihi 8 bulan sahaja sesuai untuk dijadikan benih.


Gambar diatas menunjukkan sebahagian daripada ladang tanaman rumput napier darul iman protein tinggi milik Ismail Mohamad.Ismail Muhamad bersama Penghulu Kanan Wan Sulaiman sedang mengesan dan mengenalpasti sumber air bersih bagi tujuan membekalkan minuman lembu dan juga bagi tujuan pengairan ladang.

Gambar diatas kunjungan Dato' Haji Ab. Malek Mohd Amin, pegawai khas kepada Menteri Pertanian melawat pusat ternakan Ismail Mohamad yang dihadiri sama YB. Cikgu Matnor, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.En. Ismail menunjukkan kepada rombong silage yang dibuat beliau dan telah berusia empat tahun tapi masih lagi berkualiti dan amat digemari oleh haiwan.Gambar atas, kandang penggemukan lembu En. Ismail Mohamad.Rumput napier darul iman baka asli mempunyai permintaan yang amat tinggi daripada penternak.

Permintaan yang tinggi telah meningkatkan permintaan terhadap benih rumput ini. Harga seruas batang rumput ini hingga mencecah sehingga RM 0.25 bagi tujuan pembenihan.