Sunday 29 July 2012

Nutrien (Baja)

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas
tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H,
O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik
unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini
dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah
berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan
biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam
bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.

Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah,
cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun
menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan
sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan
bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

PH Larutan Nutrien

PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.

Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu
nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kuih. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

PH Untuk Tanaman Terpilih


























PH 6.0-6.7

PH 5.5-6.7

PH 5.2-6.7

PH 4.5-6.7

Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang
Cauliflower Broccoli Lobak Merah  
Tembikai Kobis    
  Salad    

 Kepekatan
Larutan


 Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit
ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk
kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A
dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm.
Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.


 Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk
pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm,
Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm,
Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja
hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh
pertumbuhan dilarutkan dalam air.


Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm
hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika
perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja
yang diperlukan.


Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM





















































Unsur Makro


Kepekatan (ppm)

 

Unsur Mikro


 Kepekatan (ppm)

N 70-1000   Fe 0.5-10
P 30-100   Mn 0.1-5
K 100-400   H 0.16
Ca 80-400   Cu 0.02-0.5
Mg 24-100   Zn 0.02-1
S 35-1000   Mo 0.01-0.1

 Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok












































Unsur Nutrien


Kesan (symptoms)

Nitrojan Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun
sukar gugur.
Posforus Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian
hujung daun.
Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan Mata burung atau tompok warna coklat  pada daun.
Boron Tunas dan pucuk mati



0 comments:

Post a Comment