Sunday, 29 July 2012

Hidroponik

Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.

Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.

Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.

Kebaikan Hidroponik

Hidroponik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.

Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.

Tanaman Yang Sesuai

Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya.
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.

Keperluan Untuk Pertumbuahan

Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.

Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan.

Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.

Teknologi hidroponik telah membolihkan salad spesis tanah tinggi atau yang memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di Malaysia. Ketiga-tiga spesis di atas biasanya diimpot dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh itu pelaburan dalam hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan perbelanjaan impot. Kerajaan diharap akan memainkan peranan yang positif dalam memajukan aktiviti ini.

SISTEM HIDROPONIK

0 comments:

Post a Comment